Friday, May 25, 2007

.::Fitrah Manusia Percayakan Allah::.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari tulang sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), ‘Bukankah aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.’”
Allah menerangkan dalam al-Quran, surah al-A’raf ayat 172, bermaksud:“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari tulang sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), ‘Bukankah aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.’”Allah menjelaskan lagi dalam surah al-An’am ayat 75 hingga 79, bermaksud:“Dan demikianlah kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami, yang terdapat di langit dan di bumi. Dan kami memperlihatkannya supaya dia termasuk di kalangan orang-orang yang yakin. Ketika malam menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang, lalu dia berkata, ‘Inilah Tuhanku.’ Tetapi apabila bintang itu tenggelam dia berkata, ‘Saya tidak suka kepada sesuatu yang tenggelam.’ Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata, ‘Inilah Tuhanku.’ Tetapi apabila bulan itu terbenam, dia berkata, ‘Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pasti aku termasuk di kalangan orang-orang yang sesat.’ Kemudian apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, ‘Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.’ Apabila matahari itu terbenam, dia berkata, ‘Wahai kaumku! Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang sebenar. Dan aku bukanlah termasuk di kalangan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.’”Allah menjelaskan lagi dalam surah ar-Rum ayat 30, bermaksud:“Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama Allah dengan lurus. Tetaplah atas fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”Sudah menjadi fitrah manusia, sama ada pada zaman dahulu atau sekarang, mereka percaya adanya Tuhan yang maha berkuasa. Sama ada manusia bertamadun atau tinggal di hutan rimba, kesemua mengakui adanya Tuhan. Hanya yang membezakan mereka adalah menentukan Tuhan dengan berbagai fahaman dan upacara ibadat. Mereka mencari-cari hakikat ketuhanan. Orang-orang yang menafikan hakikat itu ialah mereka yang melampaui sifat semula jadi.Jaafar as-Sadik pernah ditanya tentang Allah, lalu beliau menyoal orang yang bertanya itu, “Pernahkah kamu belayar di laut?” Jawabnya, “Ya.” Jaafar bertanya lagi, “Adakah kamu pernah dipukul ribut yang bergelora?” Jawabnya, “Ya.” Jaafar bertanya lagi, “Adakah kamu berharap kepada kelasi dan alat-alat penyelamat?” Jawabnya, “Ya.” Seterusnya Jaafar bertanya lagi, “Adakah terlintas dalam fikiran dan perasaan, ada sesiapa yang dapat menyelamatkan kamu?” Jawabnya, “Ya.” Jaafar terus menegaskan, “Itulah dia Allah.” Jawapan itu berdasarkan kepada penerangan Allah dalam surah al-Isra’ ayat 67, bermaksud:“Dan apabila kamu ditimpa bahaya di laut, maka hilanglah orang yang kamu seru meminta tolong, kecuali dia (Allah).”Allah menerangkan dalam al-Quran, surah Yunus ayat 22,bermaksud:“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu berjalan di daratan dan belayar di lautan. Sehingga apabila kamu berada dalam bahtera dan berjalanlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik. Lantas, mereka sangat gembira. 'Tiba-tiba datang angin ribut dan gelombang ombak kuat dari segenap penjuru. Mereka terkepung dan berada dalam keadaan bahaya. Lalu mereka berdoa kepada Allah, dengan mengikhlaskan diri serta mentaatinya semata-mata. Mereka pun berkata, ‘Sesungguhnya jika engkau (ya Allah) menyelamatkan kami dari bahaya ini, maka kami akan menjadi orang yang bersyukur.’”

Monday, May 21, 2007

.::Ikannya Dirampas::.


“Ya Allah! Engkau menciptakan dirinya dengan serba kekuatan sehingga dia menganiayaiku dan engkau menciptakan aku dengan serba lemah sehingga aku dianiaya. Berilah pengajaran kepadanya.”


ALHAMDULILLAH, saya mendapat ikan besar hari ini,” kata Abu Jaafar Mansur dengan tersenyum lebar sambil mengikat perahunya ke tiang titi.Dia berjalan pulang sambil menjinjing ikan tangkapannya. “Saya tidak mahu menjual tangkapan hari ini. Lebih baik saya bawa pulang tangkapan hari ini ke rumah sahaja.”Di tengah perjalanan pulang, Abu Jaafar bertembung dengan seorang pegawai kerajaan. Melihatkan ikan besar yang dijinjing oleh Abu Jaafar, pegawai kerajaan itu berkata, “Berikan ikan besar itu kepada saya.”Belum sempat Abu Jaafar membuka mulutnya, ikan besar itu sudah berada di tangan pegawai itu. Abu Jaafar terlopong kerana tidak menyangka pegawai kerajaan itu tergamak merampas hasil tangkapannya.Abu Jaafar terduduk di tepi jalan. Perlahan-lahan dia menadahkan tangannya ke langit, “Ya Allah! Engkau menciptakan dirinya dengan serba kekuatan sehingga dia menganiayaiku dan engkau menciptakan aku dengan serba lemah sehingga aku dianiaya. Berilah pengajaran kepadanya.”Abu Jaafar melangkah pulang dengan tangan kosong. Hari itu mereka tidak berlauk. Abu Jaafar sungguh hiba melihat keluarganya hanya makan nasi semata-mata. Manakala pegawai kerajaan tersenyum lebar melihatkan hidangan di atas meja makannya. Seekor ikan besar.“Aduh!” jerit pegawai kerajaan itu dengan kuat.Jarinya tertusuk duri ikan besar itu sehingga berdarah. Ikan besar itu tidak sempat dimakan lalu disimpannya ke dalam almari. Dia sibuk mengubati jarinya yang mengalirkan darah tanpa henti.“Mengapa jari saya semakin sakit dan berdenyut- denyut?”Pegawai kerajaan itu tidak dapat berehat dan berbaring. Tusukan ikan semasa makan tengah hari tadi cukup mengganggunya. Dia membuka balutan bagi melihat perkembangan lukanya.“Mengapakah terjadi begini?”Dia terkejut melihat jarinya bertambah bengkak dan bernanah pula. Semalaman dia tidak dapat tidur. Paginya, sekali lagi dia terperanjat apabila mendapati bengkak di jarinya merebak hingga ke tangan. Nanahnya pecah dan keluar ulat daripada pecahan bengkak yang bernanah itu. Pegawai itu menjerit-jerit kerana terkejut dan kesakitan dan bergegas menemui doktor.“Maafkan saya, tangan tuan terpaksa dipotong.”“Apa? Tidak ada pilihan selain dipotong?”“Ia perlu segera dipotong sebelum merebak hingga ke seluruh tangan tuan.”Akhirnya, tangan kanan pegawai kerajaan itu terpaksa dipotong. Dia pulang ke rumah dengan wajah suram. Walaupun sudah dipotong, sakitnya masih terasa dan bengkak bahagian yang dipotong itu pula menanah dan berulat. Semalaman dia menangis dan meratapi nasibnya sehingga tertidur.Dalam tidurnya, dia bermimpi. Seorang lelaki tua ber-kata, “Kembalikan hak itu kepada pemiliknya. Mudah-mudahan kamu terselamat daripada kesakitan.”Pegawai kerajaan terduduk di katilnya. Dia menangis teresak-esak lalu ke dapur. Ikan besar yang dirampas masih tersimpan elok di dalam almari. Tanpa berlengah, dia membungkus ikan besar itu lalu pergi ke rumah Abu Jaafar, nelayan yang dianiaya.Abu Jaafar melihat keadaan pegawai kerajaan yang kini bertangan sebelah sahaja. “Apakah yang terjadi kepada tangan kanan tuan?”“Saya menerima balasan ini kerana merampas tangkapan tuan tempoh hari. Maafkan saya,” jawab pegawai itu sambil menangis. “Terimalah kembali ikan yang saya rampas kelmarin dan terimalah duit ini sebagai membayar ganti rugi saudara. Maafkan saya.”“Saya halalkan dan maafkan segala perbuatan tuan terhadap saya.”Serentak kata-kata kemaafan yang diucapkan oleh Abu Jaafar terhadap pegawai kerajaan itu, berguguranlah ulat-ulat daripada bahagian tangan yang dipotong. Bengkak dan nanahnya mula mengering. Akhirnya, Allah mengembalikan semula tangan kanannya.

.::Menjadi Pendakwah yang Disukai::.

Manusia tertarik dan suka berinteraksi dengan individu-individu yang memenuhi keperluan jiwanya kerana orang seperti itu menaikkan estimnya dan membuatkan mereka berasa seronok dengan keadaan diri mereka sendiri. Apabila individu-individu seperti itu juga mengasihinya, estimnya naik lebih tinggi lagi dan jiwa dan kalbunya berasa tambah seronok. Itu sebabnya manusia menyukai orang yang suka dan kasih kepadanya. Dia berasa senang dengan kehadiran orang seperti itu. Oleh itu, dia suka berada bersama-sama mereka. Dia juga suka bercakap-cakap dan berbual-bual dengan mereka.
INDIVIDU HANYA DAPAT MEMPENGARUHI sikap, pemikiran dan tingkah laku individu-individu yang menyukai diri kita. Orang yang berhasrat menjadi pendakwah yang memiliki daya pengaruh yang tinggi langkah pertama adalah meningkatkan daya tarikan sosial. Dalam erti kata lain individu perlu memperbanyakkan ciri-ciri peribadi yang dapat membuatkan dirinya mudah disukai ramai.Gaya bercakap seseorang dipengaruhi oleh emosinya. Apabila seseorang menyukai lawan bualnya, percakapan dan perbualannya dengan orang itu dipenuhi oleh ciri-ciri komunikasi yang positif di mana dia banyak memuji-muji orang itu dan dia seronok dengan kehadirannya.Manusia tertarik dan suka berinteraksi dengan individu-individu yang memenuhi keperluan jiwanya kerana orang seperti itu menaikkan estimnya dan membuatkan mereka berasa seronok dengan keadaan diri mereka sendiri. Apabila individu-individu seperti itu juga mengasihinya, estimnya naik lebih tinggi lagi dan jiwa dan kalbunya berasa tambah seronok. Itu sebabnya manusia menyukai orang yang suka dan kasih kepadanya. Dia berasa senang dengan kehadiran orang seperti itu. Oleh itu, dia suka berada bersama-sama mereka. Dia juga suka bercakap-cakap dan berbual-bual dengan mereka.Tahap pertama dalam berdakwah adalah menjadi seorang yang mudah disukai oleh mereka yang menjadi sasaran dakwah. Apabila mereka suka kepada si pendakwah, mereka akan suka dengan kehadirannya di mana mereka suka bertemu, berkenalan, berkawan, ber-campur gaul, bersahabat dan berkasih sayang dengannya. Pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi memberi panduan bagaimana menjadi orang yang mudah disukai:Tingkatkan sikap mudah menyumbang dan memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja. Dalam erti kata lain, kita itu mesti suka menolong orang lain. Ini penting. Manusia suka kepada manusia lain yang suka menolong orang lain. Orang yang pernah menerima pertolongan daripada seseorang menyukai orang yang menolongnya. Kajian pakar psikologi mendapati, orang yang pernah menerima pertolongan seorang mudah terpengaruh oleh kata-kata, pandangan dan nasihat orang yang pernah menolong mereka. Satu perkara yang menarik adalah, kajian mendapati seseorang itu cenderung menyukai orang yang pernah ditolongnya.Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik. Gambarkan sifat-sifat mulia itu dalam percakapan dan perbualan. Manusia memang suka kepada orang yang memiliki sifat-sifat itu. Bagi menggambarkan kita seorang yang baik, jangan suka bercakap hal-hal yang negatif. Apabila bercakap, bercakaplah perkara-perkara yang baik sahaja. Jangan sekali kali ‘bersandiwara’ kerana apabila orang tahu kita cuma berpura-pura baik, sampai mati orang akan benci kepada kita. Kita tidak mungkin dapat membuat orang yang curiga pada kejujuran dan keikhlasan kita supaya menyukai diri kita.Kurangkan bercakap. Ada orang pandai dan petah bercakap sehingga melakukan kesilapan “banyak cakap”. Sifat ini membuatkan orang yang mendengar tidak suka perangai ini. Banyakkan mendengar daripada bercakap. Biar orang yang hendak dipengaruhi itu yang mendapat banyak peluang ber-cakap. Adalah sifat manusia suka mendengar suaranya sen-diri, oleh itu manusia suka kepada orang yang mem-benarkannya mendengar suaranya sendiri barulah dia bersikap terbuka kepada pandangan dan nasihat kita dan dengan itu barulah kita dapat mempengaruhinya.Tingkatkan kemahiran menarik minat orang lain kerana manusia sentiasa menghargai kata-kata pujian. Gunakan teknik-teknik yang betul apabila memberi pujian. Selalulah ucapkan kata-kata penghargaan. Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang pandai memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadanya. Orang yang pernah menerima pengiktirafan, pujian dan penghargaan daripada seseorang bersikap lebih terbuka kepada pendapat dan nasihat orang itu. Sebaliknya mereka tidak suka orang yang banyak mengkritik dan menegur mereka meskipun niatnya adalah baik.Apabila bercakap-cakap dan berbual-bual gunakan gaya positif dan kooperatif. Gaya positif tidak menggunakan perkataan negatif. Gaya kooperatif pula bermakna seseorang itu tidak tunjuk dia seorang yang lebih pandai dengan cara membuktikan orang lain bodoh, salah atau tidak betul. Orang yang tidak pandai berkomunikasi cenderung membuktikan orang lain bodoh bagi membuktikan dirinya pandai. Tidak ada orang yang suka dirinya dibuktikan salah dan lebih bodoh daripada orang lain. Orang yang pernah kita buktikan bodoh, salah dan silap tidak akan menyukai kita. Orang yang bijaksana menggunakan cara-cara lain yang lembut dan sopan bagi membuktikan diri mereka betul.Apabila berbual-bual, jangan tunjukkan kita berminat dengan diri sendiri. Ramai orang suka bercakap “saya saya saya...” daripada mula bercakap sampai habis. Ia membosankan orang yang mendengar. Oleh itu berjimat cermat apabila menggunakan perkataan ‘saya.’ Manusia memang berminat dengan dirinya sendiri dan mereka menyangka cerita mereka adalah paling menarik untuk diperdengarkan kepada orang lain. Ingatlah, cuma kita sahaja yang yakin cerita diri kita adalah cerita yang paling seronok didengar. Bagi menjadi orang yang disukai oleh orang lain, jangan banyak bercerita tentang diri sendiri, sebaliknya galakkan orang lain bercerita mengenai diri mereka sendiri.Apabila berkomunikasi gambarkan kita banyak bersetuju dengan sikap dan pemikiran rakan bual. Tunjukkan kepada rakan bual kita bersetuju dengan sudut pandangannya. Manusia mudah menyukai individu-individu lain yang ber-setuju dengan mereka. Tunjukkan juga idea-idea dihargai dengan cara itu estimnya meningkat. Manusia suka kepada manusia-manusia lain yang menaikkan estim mereka. Lebih baik lagi, katakan kita menganut nilai-nilai yang serupa dengan nilal nilainya. Teknik ini disebut “teknik bercermin” atau mirroring dalam bahasa Inggeris. Teknik ini adalah berdasarkan teori homofili. Teori ini mengatakan manusia suka memandang wajahnya sendiri. Mengikut teori ini, seseorang itu mudah menyukai orang yang serupa dengannya dan sudut nilai, sikap dan perangainya kerana orang yang serupa nilai, sikap dan perangainya menyukai dan membenci perkara-perkara yang sama.Gambarkan sikap hidup positif dengan mengelakkan sikap suka merungut-rungut dan jangan bercakap berkenaan per-kara-perkara yang negatif. Elakkan daripada membuat penilaian-penilaian negatif seperti mencari salah ataupun mengkritik individu-individu lain. Kajian membuktikan manu-sia tertarik kepada orang yang positif. Apabila individu menunjukkan nilai-nilai positif, individu-individu yang ber-pegang kepada nilai-nilai positif akan menyukainya dan berminat bagi berinteraksi dengannya.Apabila berkomunikasi ucapkan kata-kata yang membuat rakan bual berasa seronok menjadi dirinya sendiri. Gambarkan seseorang itu seronok dapat mendengar biji butir perbualan rakan bualnya dengan cara tekun mendengarnya bercakap. Apabila dia berlawak, sambut dengan gelak dan ketawa. Elakkan daripada menyampuk ataupun menyambung ayat ayatnya. Jangan mencelah dan jangan memandang ke tempat lain. Dengan cara itu keperluan jiwanya akan terisi. Manusia suka kepada manusia-manusia lain yang pandai mengisi keperluan jiwanya.Kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang besar gunanya. Menurut kajian, orang yang mahir berkomunikasi dipandang sebagai orang yang mempunyai daya tarikan. Mereka juga dipandang lebih tampan, lebih manis dan lebih jelita daripada diri mereka yang sebenarnya. Ini tidaklah menghairankan kerana dengan menggunakan teknik-teknik komunikasi yang betul, setiap kali mereka itu bercakap, mereka pandai membuat orang lain berasa seronok. Akibatnya, orang yang berpeluang bercakap-cakap dan berbual-bual dengan mereka akan jatuh suka dan tertarik kepada mereka. Sebagai orang yang mudah disukai kita akan banyak menerima ajakan, pelawaan, jemputan dan undangan daripada mereka supaya hadir dalam majlis-majlis yang mereka adakan. Dengan menghadiri majlis-majlis itu kita berpeluang berkenalan dan bersahabat dengan lebih ramai orang lain. Dengan demikian kita mendapat banyak peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka bagi membolehkannya perlahan-lahan mempengaruhi mereka supaya mengubah sikap dan pemikiran mereka sekarang kepada sikap dan pemikiran yang selaras dengan Islam.

.::Seekor Ulat Merah::.

APAKAH TUJUAN ALLAH mencipta ulat merah itu?” kata Nabi Daud sebaik sahaja dia terpandang seekor ulat merah bersalut debu bergerak di tepi surau, tempat dia sedang membaca kitabnya.
APAKAH TUJUAN ALLAH mencipta ulat merah itu?” kata Nabi Daud sebaik sahaja dia terpandang seekor ulat merah bersalut debu bergerak di tepi surau, tempat dia sedang membaca kitabnya.Nabi Daud adalah salah seorang nabi yang dikurniakan Allah dengan kitab Zabur. Apabila Allah melantik Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir, kitab Zabur tidak digunakan lagi. Kini, semua umat Islam menggunakan satu kitab sahaja iaitu al-Quran.Sebaik sahaja Nabi Daud berkata begitu, dengan izin Allah, ulat merah itu berkata, “Allah mengajar saya menyebut kata-kata pujian ke atasnya setiap pagi dan petang.”“Apakah kata-kata pujian yang kamu sebutkan itu?”“Saya mengucapkan kata-kata pujian baginya, maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah dan Allah maha besar sebanyak 100 kali.”“Apakah pula ucapan kamu pada waktu petang?”“Allah mengajar saya mengucapkan ‘Allahummasolli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyil wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ sebanyak 100 kali juga.”Terkedu Nabi Daud mendengar kata-kata ulat merah yang diizinkan Allah bagi berbual-bual dengannya. Kata-nya sendirian, “Saya silap menilai sebab Allah mencipta ulat merah ini.”Ulat merah itu menunggu apa pula yang akan dikatakan oleh Nabi Daud. Namun, Nabi Daud tetap berdiam diri. Akhirnya ulat merah itu bertanya, “Apakah pula yang dapat tuan kongsikan supaya saya juga memperoleh manfaatnya?”Merah padam muka Nabi Daud. Dia tertunduk malu. “Selama ini saya memandang rendah kepada haiwan kecil ini,” bisiknya sendirian.Melihatkan Nabi Daud terus berdiam diri, ulat merah segera bergerak perlahan-lahan meninggalkan tempat ibadat Nabi Daud. Wajah Nabi Daud menjadi pucat kerana takut kepada Allah kerana memandang remeh pada makhluk sekecil ulat merah. Nabi Daud menadah tangan berdoa memohon ampun kepada Allah atas kesilapannya.