Monday, May 21, 2007

.::Seekor Ulat Merah::.

APAKAH TUJUAN ALLAH mencipta ulat merah itu?” kata Nabi Daud sebaik sahaja dia terpandang seekor ulat merah bersalut debu bergerak di tepi surau, tempat dia sedang membaca kitabnya.
APAKAH TUJUAN ALLAH mencipta ulat merah itu?” kata Nabi Daud sebaik sahaja dia terpandang seekor ulat merah bersalut debu bergerak di tepi surau, tempat dia sedang membaca kitabnya.Nabi Daud adalah salah seorang nabi yang dikurniakan Allah dengan kitab Zabur. Apabila Allah melantik Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir, kitab Zabur tidak digunakan lagi. Kini, semua umat Islam menggunakan satu kitab sahaja iaitu al-Quran.Sebaik sahaja Nabi Daud berkata begitu, dengan izin Allah, ulat merah itu berkata, “Allah mengajar saya menyebut kata-kata pujian ke atasnya setiap pagi dan petang.”“Apakah kata-kata pujian yang kamu sebutkan itu?”“Saya mengucapkan kata-kata pujian baginya, maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah dan Allah maha besar sebanyak 100 kali.”“Apakah pula ucapan kamu pada waktu petang?”“Allah mengajar saya mengucapkan ‘Allahummasolli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyil wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ sebanyak 100 kali juga.”Terkedu Nabi Daud mendengar kata-kata ulat merah yang diizinkan Allah bagi berbual-bual dengannya. Kata-nya sendirian, “Saya silap menilai sebab Allah mencipta ulat merah ini.”Ulat merah itu menunggu apa pula yang akan dikatakan oleh Nabi Daud. Namun, Nabi Daud tetap berdiam diri. Akhirnya ulat merah itu bertanya, “Apakah pula yang dapat tuan kongsikan supaya saya juga memperoleh manfaatnya?”Merah padam muka Nabi Daud. Dia tertunduk malu. “Selama ini saya memandang rendah kepada haiwan kecil ini,” bisiknya sendirian.Melihatkan Nabi Daud terus berdiam diri, ulat merah segera bergerak perlahan-lahan meninggalkan tempat ibadat Nabi Daud. Wajah Nabi Daud menjadi pucat kerana takut kepada Allah kerana memandang remeh pada makhluk sekecil ulat merah. Nabi Daud menadah tangan berdoa memohon ampun kepada Allah atas kesilapannya.

No comments: